Bila Si Dia Membuka Bicara

Aku tak pandai nak bermadah, nak berbahasa puitis. Dan tidak sama sekali pandai berbahasa pujangga. Aku bukan pakar bahasa, jadi mohon ampun dan maaf kiranya bahasa aku tak sebagus yang kalian harapkan. Apa yang ditulis hanyalah sekadar luahan hati seorang insan. Kadang-kadang perasaan tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata, tapi boleh diterjemahkan dalam konteks huruf dan titik. Masing-masing punyai cerita kehidupan yang tersendiri, sama juga seperti aku.

2 years

Dua tahun. Lima tahun. Sampai hati buat macam ni. Tabahkan lah diriku. 

Think positive. Ada hikmah kenapa semua benda ni semua jadi. Belajar terima kenyataan walaupun pahit. 

Senyum dan redha. 

KECEWA

Pernah rasa dikecewakan tak?
Sakit kau tahu. 
Rasa macam hati kau ni ditumbuk2, dipijak2. 

Macam tu lah aku rasa. Sakit weh. Pedih. 


CINTA

Maaf sebab dah bazirkan masa kau.
Maaf sebab dah banyak susahkan kau.
Maaf sebab dah lukakan hati kau.
Maaf sebab main2 kan perasaan kau.

Maaf sebab tak mampu balas perasaan kau.
Maaf sebab tak mampu sayang kau macam mana kau sayang aku.
Maaf sebab tak mampu cintakan kau macam mana kau cintakan aku.

Sebab....
Sebab....
Sebab....

Sebab aku masih jahil tentang cinta.
Sebab aku masih tak tau apa erti sayang.
Maafkan aku.

Andai ada jodoh, sejauh mana jarak kita, pasti kita akan bertemu.
Kerana kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.