Aku tak pandai nak bermadah, nak berbahasa puitis. Dan tidak sama sekali pandai berbahasa pujangga. Aku bukan pakar bahasa, jadi mohon ampun dan maaf kiranya bahasa aku tak sebagus yang kalian harapkan. Apa yang ditulis hanyalah sekadar luahan hati seorang insan. Kadang-kadang perasaan tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata, tapi boleh diterjemahkan dalam konteks huruf dan titik. Masing-masing punyai cerita kehidupan yang tersendiri, sama juga seperti aku.

Assalamualaikum. Hai :)

Jumaat hari tu aku pergi IMKL. Satu nak pi amik lesen and satu lagi saja nak menggedik-mengada ikut member aku, Eyka belajar drive. Hehehe :) Saja je nak buat dia rasa semak. Tapi takpa aku tau dia tak pernah kisah dengan perangai aku yang macam ni.

Kitorang pergi dengan menggunakan motor ayah Eyka yang baik hati lagi mulia :D Tepat jam aku pukul 9.30 dah dengar dah bunyi motor hon-hon. Hahh, siapa lagi kan kalau buka Eyka. Aku yang time tu baru je siap pakai tudung, tak sempat breakfast pe sume terus salam Abah, Maklong and Abalong aku. Dah habis sesi bersalam salaman terus aku capai kasut lari lari pergi dekat Eyka. Hehehe. Bukan apa, takut kena marah dengan dia sebab lambat :P

Sampai je dekat situ, Eyka pergi habiskan dulu dia punya latihan motor tuh. Tapi shocked gila kot, ramai gila gila ahh yang tengah buat latihan motor tuh. Hailaa -,-" Then aku pulak jadi macam tunggul kayu duduk dekat pondok tunggu Eyka. Macam shito dohh, panas ehh tak agak. Dah lah panas lama pulak tu kena tunggu. Satu jam setengah beb aku melongo je tengok orang buat latihan motor.

Dah habis tu, pergi teman dia belajar drive pulak. Haa, lagi satu bala. Kena tunggu lagi dia dekat pondok. Hailaa -,-" Dah nasib badan kan.. Tapi kannnn, hehe. Baru je bontot aku cecah dekat kerusi tu, cikgu yng ajar Eyka merangkap Pak Ucu Dia tu suruh aku masuk dalam kereta, duduk sebelah Eyka. Hahahaha :D Heaven gila aku rasa. So time tu aku gunakan lah kuasa veto aku mengarah-arah Eyka bagi signal sana, bagi signal sini. Hehe. Kesian kau kan wehhh. Then pukul 1.30 macam tu kitorang balik, rehat makan pe sume. Pukul 3 kitorang dah kena ada dekat situ balik.

Dah puas lepak, makan, borak, gosip segala bagai tu kitorang siap nak pergi driving school tu balik. Hehehe, well macam biasa aku diarahkan duduk sebelah dia, perhatikan dia drive :) Dah puas drive, kitorang balik rumah.


         "Wehh Nurin, kau nak tau tak. Kau orang first doh yang naik kereta time aku bawak."

         "Hahaha, yeke wehh? Ouchh, terharunya aku." 




No comments: