Aku tak pandai nak bermadah, nak berbahasa puitis. Dan tidak sama sekali pandai berbahasa pujangga. Aku bukan pakar bahasa, jadi mohon ampun dan maaf kiranya bahasa aku tak sebagus yang kalian harapkan. Apa yang ditulis hanyalah sekadar luahan hati seorang insan. Kadang-kadang perasaan tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata, tapi boleh diterjemahkan dalam konteks huruf dan titik. Masing-masing punyai cerita kehidupan yang tersendiri, sama juga seperti aku.

Assalamualaikum. Hai :) 

Dah lama tak update blog. Rindu nak menaip. Hee. 

Aku rasa dah sebulan lebih aku duduk rumah. Sejak habis matrik. Alhamdulillah, result final pun dah dapat. Berkat doa mak dengan abah, sokongan keluarga, tunjuk ajar pensyarah dan usaha aku selama ni, 4 flat juga akhirnya :D 

Aku harap dengan kejayaan aku ni dapat tebus kesilapan aku dan kesedihan keluarga aku masa aku sekolah dulu. Dulu mak dengan abah menangis sebab sedih dengan perangai aku. Tapi kali ni diorang menangis sebab gembira dengan kejayaan aku ni. 

Pengalaman pahit masa sekolah dulu menjadi pengajaran untuk aku. Jadi kisah hitam dalam hidup aku dan keluarga. Kalau aku dapat putar balik masa, aku janji aku takkan sekali-kali hampakan keluarga aku. 

Aku sedih setiap kali teringat apa yang aku buat dulu. Ayat abah yang satu ni tak akan aku lupa walaupun sekali ; "Abah and the whole family are frustrated with you, kakak."

Sejak tu aku bangkit balik, aku berazam nak tebus kesilapan aku dulu. 

Betul lah kata orang, gagal sekali bukan bermaksud gagal selama-lamanya. Kita sendiri yang kena bangkit, kena kuat hadapi masa akan datang. 




1 comment:

Nur Nabihah said...

hye nurin :) dah abis balajar kea ? tahniahh :)