Aku tak pandai nak bermadah, nak berbahasa puitis. Dan tidak sama sekali pandai berbahasa pujangga. Aku bukan pakar bahasa, jadi mohon ampun dan maaf kiranya bahasa aku tak sebagus yang kalian harapkan. Apa yang ditulis hanyalah sekadar luahan hati seorang insan. Kadang-kadang perasaan tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata, tapi boleh diterjemahkan dalam konteks huruf dan titik. Masing-masing punyai cerita kehidupan yang tersendiri, sama juga seperti aku.

Assalamualaikum. Hai :) 





Hari ni Eyka teman aku pergi TS. Shopping baju, sandal and some presents untuk my little brother (sempena birthday dia). Tak lama pun kitorang shopping. Petang keluar, malam before 8 dah naik monorel nak balik. 


Actually baru je inform nak keluar dengan dia pagi tadi. Time aku call dia tu pun kantoi gila suara orang baru bangun tidur, hahaha :D First aku pergi rumah dia dulu. Sampai2 je rumah dia, tengok dia tengah makan. Tak siap lagi -,-" Hailaa, padahal dah pukul 2 dah time tuh. Tunggu Cik Puan sorang ni mandi and bersiap pe sume dah satu jam. Pukul 3 baru kitorang start menapak ke stesen bas. Panas gila kot tadi, terik. Sungguh! Haa, nak tunggu bas ni pun lahai sampai setengah jam. Itu baru bas belum lagi monorel pe sume. Finally, sampai TS tu adalah dalam pukul 4.


First destination, confirm lah toilet. Dah namanya perempuan. Hehe :) Mesti lah nak touchup what-so-ever yang berkaitan dengan diri sendiri. Aku macam biasa, betulkan tudung pe sume. Eyka pulak repair repair dia punya shawl. Dah habis sesi mentouchup diri, kitorang straight pergi bank. Then makan, shopping sana, shopping sini. Usha barang itu, usha barang ini. Gelak sana, gelak sini. Tengah sibuk sibuk cari baju, secara tak sengaja aku masuk lah dalam satu kedai ni. There, aku nampak ada baju couple. Nak beli nak beli. Tapi dengan si dia :) Jalan jalan lagi, tetiba Eyka stop dekat satu kedai yang jual cincin, gelang, bangles and so on. Aku nampak ada cincin couple. Nak beli yang itu jugak! Tak kira, keluar dengan dia nanti nak beli jugak :) Badan dah penat, kaki dah nak rasa tercabut, otak dah penat, tangan dah lenguh pegang barang, kitorang terus balik. Tapi... Mulut ni je yang tak reti and tak tau apa itu penat, letih, lenguh sebab mulut aku dengan Eyka tak boleh nak stop berstory telling dan gelak.


Sampai je rumah Eyka................


        "Eyka..... Kita tak tangkap gambar pon..."

        "A'ah lahh, lupa.. Takpe, tangkap dekat dalam bilik aku jelah."







Dah habis tuh, Eyka hantar aku balik rumah naik motor bapak dia. Hehehe :) Even sekejap dapat spend time dengan dia, tapi aku puas. Aku happy. Serious happy :D 


No comments: